Pelajaran 1 - Kata Nama

Dalam bahasa Pali, kata nama biasanya ditandakan dengan penghujung इ ई उ ऊ dan . Tiada kata nama yang berakhir dengan aksara . Semua kata nama berpenghujung sama ada bergender maskulim atau pun bergender neuter.

Contoh kata nama yang bergender maskulin adalah नर bermaksud lelaki.  

Terdapat tiga jenis gender dalam bahasa Pali. Sebagai peraturannya, gender maskulin dan lain-lain yang mempunyai karakter maskulin diberikan gender maskulin. Seperti berikut:
  • नर lelaki
  • सुरिय matahari
  • गाम kampung
Gender feminin pula adalah seperti berikut:
  • इत्थि wanita
  • गंगा sungai ganges 
Gender neutral pula merujuk kepada bahan-bahan yang tidak bernyawa seperti:
  • फल buah
  • चित्त akal
Tidak mudah untuk membezakan gender dalam bahasa Pali jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris atau bahasa Jerman.

Kata Nama Maskulin
  • बुद्ध buddha
  • दारक anak
  • धर्म doktrin, ajaran, kebenaran, perundangan
  • ग्राम kampung
  • घट takar, periuk
  • जनक bapa
  • ओदन ubat
  • पुत्र anak lelaki
  • सूद tukang masak
  • याचक pengemis
Bentuk Nominatif atau Subjek

Dalam bentuk subjek, perkataan mufrad seperti नर akan menjadi नरो bermaksud seorang lelaki atau lelaki itu. Dalam keadaan objek yang jamak pula ia menjadi नरा bermaksud lelaki-lelaki itu.

Bentuk Akusatif atau Objek

Dalam bentuk objek mufrad perkataan ini akan menjadi नरं. Dalam bentuk objek jamak, ia menjadi नरे.